KUANTAN: Insiden pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbakar ketika berlepas di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan malam Khamis lalu mencetuskan kebimbangan tentang tahap keselamatan operasi pesawat tempur negara tersebut. Sejak mula beroperasi pada 1997, pesawat F/A-18D Hornet menjadi tulang belakang keupayaan serangan taktikal TUDM dan sudah membuktikan kehandalannya dalam pelbagai latihan dan operasi bersama negara-negara sahabat. Pada tahun ini, usia pesawat…