Amir Hariri bebas, pendakwa tarik balik pertuduhan

Amir Hariri bebas, pendakwa tarik balik pertuduhan

Amir Hariri Abd Hadi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Pengarah Eksekutif pertububuhan bukan kerajaan (NGO) Mandiri, Amir Hariri Abd Hadi, dibebaskan sepenuhnya daripada dakwaan gagal memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai penganjuran satu perhimpunan pada tahun 2022.

Keputusan itu disampaikan oleh Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan pada pagi ini.

Amir sebelum ini dituduh di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung

Mahkamah sebelum itu mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya, Anis Wahidah Mohamad, yang memaklumkan bahawa pihak pendakwaan diarahkan menarik balik pertuduhan pada 5 Ogos lalu.

Bagaimanapun Anis Wahidah memohon agar mahkamah memberikan pelepasan tanpa dibebaskan (DNAA) mengikut Seksyen 173(g) Kanun Tatacara Jenayah.

Namun, peguam Amir, Rajsurian Pillai, membantah kerana DNAA akan menyebabkan pertuduhan tersebut tergantung ke atas anak guamnya, sekali gus membuka ruang untuk pendakwaan semula pada masa hadapan.

Oleh itu, beliau memohon mahkamah mempertimbangkan pembebasan sepenuhnya terhadap tertuduh.

Pada 2022 Amir didakwa di bawah Seksyen 9(5) Akta tersebut kerana didakwa gagal memaklumkan pihak berkuasa berhubung penganjuran perhimpunan #ManaKapalLCS lima hari sebelum ia berlangsung pada 14 Ogos tahun yang sama.

Dia kemudian memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi untuk mencabar peruntukan tersebut di Mahkamah Persekutuan tahun lalu, yang mana mahkamah tertinggi itu pada Julai tahun ini mengisytiharkan peruntukan tersebut sebagai tidak berperlembagaan dan tidak lagi sah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN