KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh didakwa dengan sengaja memilih untuk menyembunyikan Titah Adendum membabitkan perintah rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengelirukan mahkamah serta gagal melaksanakan tanggungjawab keterbukaannya (duty of candour). Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, Ahmad Terrirudin yang kini Hakim Mahkamah Persekutuan dengan sengaja memilih untuk berbuat demikian walaupun terdapat bukti jelas beliau mengetahui mengenai kewujudan…