Kekhilafan proses Lembaga Pengampunan tidak cacatkan titah raja

Kekhilafan proses Lembaga Pengampunan tidak cacatkan titah raja

Peguam Haniff Khatri Abdulla berpen dapat sebarang kekhilafan atau kekangan dalam proses Lembaga Pengampunan tidak menjejaskan kesahihan titah pengampunan yang kekal berada di bawah prerogatif diraja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebarang kekhilafan atau kekangan dalam proses Lembaga Pengampunan, termasuk ketiadaan mesyuarat yang sah tidak menjejaskan kesahihan titah pengampunan yang kekal berada di bawah prerogatif diraja atau kuasa mutlak raja.

Peguam Kanan, Haniff Khatri Abdulla berkata, apabila Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa titah berkenaan tidak mematuhi Perkara 42 kerana tidak dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan, keputusan itu secara tidak langsung telah mempersoalkan deretan kes terdahulu yang telah diputuskan sejak merdeka.

“Sejak dahulu, mahkamah memutuskan bahawa walau apa sekalipun yang berlaku dalam Lembaga Pengampunan, termasuk jika tiada Lembaga Pengampunan yang sah atau ketiadaan kehadiran mana-mana pihak termasuk Peguam Negara, perkara itu tidak mencacatkan titah pengampunan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut beliau, keputusan tersebut secara tidak langsung turut mencabar kewibawaan, kemartabatan dan kedudukan kuasa prerogatif raja, khususnya dalam hal berkaitan pengampunan diraja.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong mengenai tahanan di rumah semalam.

Hanif turut menyentuh dapatan penghakiman seperti dilaporkan media bahawa hanya pihak penjara mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah tahanan atau pemenjaraan rumah.

“Interpretasi sedemikian seolah-olah meletakkan pengampunan diraja tertakluk kepada kuasa pihak lain. Ini menimbulkan persoalan sama ada tafsiran itu selari dengan prinsip Perlembagaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN