Ahmad Samsuri dakwa politik sempit punca Terengganu tak dibenar sertai RXZ 7.0 

Ahmad Samsuri dakwa politik sempit punca Terengganu tidak dibenar sertai RXZ 7.0 

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa kerajaan negeri tidak dibenarkan menyertai program RXZ Members 7.0 yang berlangsung di Kuala Terengganu, hujung minggu ini.

Beliau berkata, keputusan itu sangat mengecewakan kerana kerajaan negeri sentiasa menyokong penuh penganjuran program berkenaan yang menghimpunkan puluhan ribu peminat motosikal itu dari seluruh negara.

“Apa boleh buat, bila politik memanjang 24 jam sehari dengan syarat itu dan ini, akhirnya saya dan pimpinan kerajaan negeri yang sentiasa bersama anda semua telah ditiadakan. Tidak fasal-fasal RXZ menjadi mangsa politik cemburu orang Putrajaya dan Kuala Lumpur. Inilah contoh politik kelas rendah atau disebut orang Terengganu sebagai ‘politik komang spanar’,” katanya  hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, walaupun beliau dan barisan Exco tidak dapat bersama secara fizikal dalam program tersebut ,namun hati mereka tetap bersama ribuan peserta yang bertandang ke negeri itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN