Ahli PBS perlu pastikan GRS terus jadi kuasa politik dominan di Sabah

Ahli PBS perlu pastikan GRS terus jadi kuasa politik dominan di Sabah

Dr. Joachim (depan, tiga dari kiri) menyanyikan lagu rasmi parti 'Bersatu Dalam PBS' bersama dengan lebih 300 ahli PBS yang hadir dalam mesyuarat itu. - GAMBAR/MEDIA TKMII
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: Semua ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) diminta terus bekerjasama dengan rakan sekutu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang juga Timbalan Ketua Menteri II, mengingatkan ahli parti agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu atau hasutan yang cuba memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan sekutu parti.

“Saya boleh katakan hampir setiap hari ada sahaja perkara baharu dilemparkan pembangkang untuk memecahbelahkan perpaduan antara PBS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

“Jangan terus percaya. Rujuklah kepada pucuk pimpinan iaitu ketua bahagian masing-masing. Ketua bahagian pula, kalau tidak pasti, jangan sebarangan mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat,” katanya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Tiga Bahagian PBS Lamag, Sukau dan Sekong yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan, semalam.

Turut hadir, Ketua Bahagian PBS Sungai Sibuga, Kasirin Kamiran; Naib Ketua Pemuda Pusat merangkap Naib Ketua Pemuda PBS Elopura, Mohd. Rizuan Mohd. Damit; Exco Wanita merangkap AJK PBS Elopura, Jennifer Lee yang mewakili Ketua Bahagian Elopura serta beberapa pemimpin parti lain.

Dalam pada itu, Dr. Joachim menegaskan kerjasama politik Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan Pakatan Harapan (PH) akan diteruskan menjelang PRN.

“Kalau bukan kerana sokongan PH dalam peristiwa ‘Langkah Kinabalu’ pada 2023, kita mungkin berada di pihak pembangkang ketika ini. Justeru, marilah kita berdoa agar urusan kita dipermudahkan demi memastikan GRS terus menjadi kuasa politik dominan di Sabah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×