AGC pandang serius pemasangan jalur gemilang secara tidak wajar - Utusan Malaysia

AGC pandang serius pemasangan jalur gemilang secara tidak wajar

SEMUA pihak atau institusi perlu mengambil inisiatif memelihara dan menegakkan keamanan dan kemakmuran Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) memberi amaran sebarang perbuatan memaparkan, mengibarkan atau memasang bendera Malaysia secara tidak wajar boleh dikenakan tindakan undang-undang.

AGC dalam kenyataan berkata, jabatan itu memandang serius beberapa insiden mutakhir, termasuk pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah kedai di Kepala Batas, Pulau Pinangdan di sebuah sekolah di Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Turut disenaraikan ialah pemaparan bendera yang tidak lengkap dalam buku laporan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 serta pada akaun media sosial rasmi akhbar Sin Chew Daily, Kwong Wah Yit Poh dan Harian Metro.

“Semua pihak bertanggungjawab menghormati bendera Malaysia sebagai simbol kedaulatan negara, serta mematuhi undang-undang dan garis panduan berkaitan penggunaannya,” katanya.
Dalam pada itu, AGC turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri terhadap pihak yang disyaki melakukan kesalahan.

“Jangan mengambil tindakan sendiri seperti menyerbu premis, menularkan maklumat peribadi, membuat tuduhan melulu, mencetuskan provokasi atau ugutan atau mengarahkan penurunan bendera tanpa kuasa undang-undang.

“Sebaliknya, segala aduan berkaitan hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya, selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN