Di Malaysia, pemilihan minyak wangi bukan hanya bergantung kepada aroma semata-mata, tetapi sejauh mana ia mampu bertahan dalam cuaca panas dan lembap.
Keadaan ini menjadikan ramai pengguna lebih teliti dalam memilih formulasi wangian yang sesuai dengan gaya hidup harian mereka.
Menyedari keperluan itu, jenama haruman dari Singapura, BestPerfume.Store membangunkan koleksi wangian berkepekatan tinggi sehingga 50 peratus.
Pengasasnya, Josh Frost berkata, formulasi tersebut direka bagi memastikan haruman kekal lebih lama, terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia.
Malah, semua haruman itu dihasilkan mengikut piawaian International Fragrance Association (IFRA) dengan menggunakan bahan mentah premium yang turut digunakan oleh jenama minyak wangi antarabangsa.
“Kami sentiasa berpegang kepada prinsip untuk menghasilkan minyak wangi berkualiti tinggi yang mampu dimiliki oleh pengguna.
“Lebih 300 pilihan haruman ditawarkan bagi memenuhi pelbagai cita rasa, personaliti dan gaya hidup,” katanya baru-baru ini.
Bagi membantu pelanggan memilih wangian yang sesuai, laman web BestPerfume.Store turut menyediakan kuiz personaliti yang mencadangkan haruman berdasarkan cita rasa dan gaya hidup pengguna.
Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan botol semburan boleh isi semula yang mampu memuatkan sehingga 60 semburan dalam saiz kompak, sekali gus memudahkan untuk dibawa ke mana sahaja.
Sementara itu, Frost berkata, Malaysia menjadi pasaran terbaharu syarikat itu selepas kejayaan mengembangkan operasi ke Indonesia dan Filipina.
Katanya, pemilihan Malaysia dibuat berikutan sambutan memberangsangkan daripada pelanggan tempatan sejak beberapa tahun lalu.










