PETALING JAYA: Polis menjangkakan seramai 5,000 peserta akan menyertai Himpunan Perdana Nasional: Malaysia Bangkit Untuk Gaza di Dataran Merdeka, esok. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, peserta terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa dan orang awam itu dijangka berkumpul di tiga lokasi utama iaitu Masjid Negara, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Sogo sebelum bergerak ke Dataran Merdeka. “Polis menjangkakan akan berlaku kesesakan jalan…










