Perut mula mengeras, bermulalah fasa susah tidur - Intan Najuwa - Utusan Malaysia

Perut mula mengeras, bermulalah fasa susah tidur – Intan Najuwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bakal melahirkan tidak lama lagi, pelakon, Datin Intan Najuwa berkongsi dirinya sudah memasuki fasa kerap berdepan dengan tanda-tanda awal untuk bersalin.

Menurut Intan, sejak kebelakangan ini dia kerap mengalami kontraksi palsu sehingga menyebabkan dirinya sukar untuk tidur lena.

“Kandungan bakal nemasuk 36 minggu dalam beberapa hari, tapi perut sudah mula mengeras tanpa henti. Kemudian, ‘braxton hicks’ (kontraksi palsu) sangat kuat,” katanya di Threads.

Tambah Intan, tanda-tanda awal yang dialami ketika kehamilan kedua ini agak berbeza berbanding apa yang dilalui sewaktu dirinya mengandungkan anak pertamanya, Imane Lunara.

“Masa Lunara dulu lambat rasa seperti ini. Maka bermulalah fasa susah tidur. Sudah berapa malam tidak cukup tidur. Hampir jadi panda.

“Masa Lunara lagi saya peka sebenarnya sebab anak pertama. Tetapi masa Lunara sudah 37 minggi baru rasa seperti ini,” jelasnya.

Sementara itu di ruangan komen, perkongsian itu turut dihujani doa dari pengikutnya yang berharap agar urusan pelakon itu untuk bersalin dipermudahkan.

Terdahulu, Intan telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman, pada 18 Ogos 2023.

Hasil perkongsian tersebut, mereka turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Imane Lunara pada 15 Disember 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN