212 pangkalan haram di Sungai Golok diroboh dalam masa terdekat

212 pangkalan haram di Sungai Golok diroboh dalam masa terdekat

NIK Ros Azhan Nik Ab. Hamid semasa sidangakhabr selepas menghadiri mesyuarat merobohkan pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok, Kelantan hari ini. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak 212 pangkalan haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok di negeri ini dirobohkan dalam masa terdekat sepertimana diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa yang berlangsung di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) negeri hari ini.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA,) Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, jawatankuasa berkenaan turut bersetuju melantik empat jajahan yang berada di sepanjang Sungai Golok, iaitu Tumpat, Tanah Merah, Pasir Mas dan Jeli untuk mengetuai kerja-kerja perobohan itu.

“Jawatankuasa dan pasukan khas akan dibentuk di setiap jajahan yangdiketuai oleh Pejabat Tanah dan Jajahan dengan ahli-ahlinya merangkumi pihak berkuasa tempatan (PBT), PGA, ATM, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta beberapa agensi lain.

“Usaha perobohan struktur dan pangkalan haram ini akan dibuat dalam masa terdekat, di tanah milik kerajaan terlebih dahulu yang mana kita jangka pada akhir bulan ini,” katanyaselepas mesyuarat berkenaan, di sini hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, jawatankuasa juga telah memberikan tempoh untuk pelaksanaan edaran notis kepada mana-mana struktur dan kawasan-kawasan dipercayai ada pangkalan haram berpemilik sebelum tindakan perobohan dilaksanakan. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN