KOTA BHARU: Seramai 16 bayi dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 hari ini. Kelahiran tersebut melibatkan 11 orang bayi lelaki dan lima orang bayi perempuan yang lahir bermula dari pukul 12 tengah malam sehingga 10 pagi tadi. Pengarahnya Dr. Izamin Idris berkata, bayi pertama di lahirkan pada pukul 12.40 pagi. “Kelahiran bayi perempuan itu disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran…