Gempa bumi gegar Afghanistan, sembilan maut - Utusan Malaysia

Gempa bumi gegar Afghanistan, sembilan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Sekurang-kurangnya sembilan orang terkorban dan 25 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 6.0 skala Richter melanda wilayah timur Afghanistan lewat malam Ahad, menurut pegawai kesihatan tempatan.

Gempa berlaku pada pukul 12.47 pagi waktu tempatan, dengan pusat gegaran terletak kira-kira 27 kilometer timur laut Jalalabad, wilayah Nangarhar, pada kedalaman lapan kilometer.

Gegaran kuat dirasai sejauh Islamabad dan Delhi, menyebabkan penduduk panik keluar dari bangunan.

Menurut laporan dari Jabatan Kesihatan Nangarhar, kebanyakan mangsa berada di daerah Darah-e-Noor, yang mengalami kerosakan paling teruk.

Beberapa rumah runtuh sepenuhnya, dan pasukan penyelamat kini giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan terjejas.

USGS mengeluarkan amaran jingga melalui sistem PAGER, menunjukkan potensi kerosakan meluas dan keperluan tindak balas di peringkat nasional.

Gegaran susulan turut direkodkan, termasuk satu berukuran 5.2 magnitud beberapa jam selepas gempa utama.

Taliban menyatakan semua sumber bantuan dan keselamatan telah digerakkan, manakala pasukan dari wilayah berdekatan sedang dalam perjalanan ke lokasi bencana.

Bantuan antarabangsa dijangka diperlukan sekiranya angka korban meningkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN