ARAU: Pemilihan kepemimpinan Pas sempena Muktamar Tahunan 2025 yang dijadual berlangsung di Kedah September ini dijangka memperlihatkan satu peralihan penting dalam usaha menyeimbangkan dominasi ulama dan kemunculan tokoh-tokoh muda berpengaruh. Tan Sri Abdul Hadi Awang hampir pasti kekal sebagai Presiden parti selepas menyatakan komitmen untuk terus memimpin. Secara langsung, ini memberi gambaran bahawa Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, juga berpeluang mengekalkan jawatan tanpa saingan besar.Fokus kini tertumpu…