Tiga maut kemalangan dua kenderaan di Tapah - Utusan Malaysia

Tiga maut kemalangan dua kenderaan di Tapah

KEADAAN kenderaan yang terlibat kemalangan di Kilometer 328.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan di Tapah hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Tiga maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 328.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 11.18 pagi membabitkan sebuah kereta Toyota Vios dan Proton X50.

“Tiga mangsa dalam Proton X50 maut di lokasi kemalangan sementara dua lagi mengalami kecederaan. Pemandu Toyota Vios turut cedera.

“Bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit. Semua mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Tapah untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Ketiga-tiga mangsa yang maut berusia 70 hingga 77 tahun namun setakat ini identiti mereka belum diperoleh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Johari Yahya mengesahkan kemalangan tersebut dan siasatan sedang dilakukan.

Katanya, kemalangan berlaku ketika kedua-dua kenderaan terlibat dalam perjalanan menghala ke Bidor dari Tapah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN