Tak perlu beri gelaran tidak sepatutnya, itu menunjukkan mentaliti anda - Isteri Along Cham - Utusan Malaysia

Tak perlu beri gelaran tidak sepatutnya, itu menunjukkan mentaliti anda – Isteri Along Cham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG : Isteri kepada pelakon dan pelawak, Along Cham, iaitu Afreena Suhaimi, menegaskan, setiap individu wajar menghormati mahkamah ketika berdepan urusan perundangan kerana kelakuan seseorang itu turut mencerminkan tahap mentaliti dan kematangannya.

Menurut Afreena, itu termasuk kelakuan memberi gelaran tidak sepatutnya kepada individu lain sama ada ketika berada di dalam kamar mahkamah mahu pun di khalayak umum.

“Saya rasa kita tidak perlu memburukkan satu sama lain sama ada di mahkamah atau di khalayak umum. Kita sama-sama orang dewasa, selesaikanlah dengan cara yang bijak dan berhemah.

“Tak perlu panggil dengan nama-nama yang tidak sesuai, kerana itu menunjukkan tahap mentaliti seseorang dan secara tidak langsung menunjukkan sikap tidak menghormati mahkamah,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini.

Selain itu, Afreena turut menegaskan bahawa setiap pihak seharusnya memudahkan urusan mahkamah dan bukannya menimbulkan provokasi atau mencetuskan kekecohan yang boleh memburukkan keadaan.

Sementara itu, Afreena menyatakan hasrat agar proses perceraian yang telah berlarutan sejak tahun lalu dapat diselesaikan segera demi kebaikan kedua-dua pihak.

“Talak dah dilafazkan pada Jun 2024. Jadi saya tak faham kenapa kes ini masih tertangguh sampai sekarang. Sepatutnya perkara ini sudah selesai sejak tahun lepas lagi.

“Saya sendiri dah penat. Saya cuma nak selesaikan perkara ini. Tak perlu berpanjangan kerana masing-masing ada kehidupan dan komitmen kerja,” ujarnya.

Terdahulu, Afreena turut mendedahkan bahawa rumah tangga mereka telah dilanda masalah sejak awal perkahwinan iaitu dua bulan selepas disatukan.

Sebelum ini, dia mendakwa telah berlaku lafaz cerai di luar mahkamah pada Julai tahun lalu.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu.

Perkahwinan ini merupakan yang kedua buat Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, selepas bercerai dengan bekas isteri, Zila Saeron pada September 2016.

Hasil perkahwinan terdahulu, Along dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini berada dalam jagaannya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN