Korban banjir Mexico meningkat 41, hampir seluruh negara terjejas

Korban banjir Mexico meningkat 41, hampir seluruh negara terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Korban akibat banjir besar yang dicetuskan oleh hujan lebat di Mexico kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 41 orang, selain turut menyebabkan kemusnahan besar.

Pihak berkuasa pertahanan awam Mexico melaporkan hujan lebat melanda 31 daripada 32 negeri di negara itu, menyebabkan limpahan air sungai, banjir dan tanah runtuh.

Negeri Hidalgo di tengah Mexico merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas, dengan pihak berkuasa melaporkan sekurang-kurangnya 22 kematian, 1,000 rumah rosak dan 90 komuniti terputus hubungan dengan pasukan penyelamat, menurut secretariat keselamatan persekutuan.

Negeri jiran, Puebla, turut mencatatkan sekurang-kurangnya Sembilan kematian.

Kerajaan negeri Puebla memaklumkan sekitar 80,000 penduduk terjejas akibat cuaca ekstrem tersebut.

Banjir juga meragut lima nyawa di negeri timur Veracruz dan satu lagi kematia dicatatkan di negeri Queretaro, tengah Mexico.

“Kami sedang mengerahkan anggota dan pasukan kerajaan Mexico untuk membuka laluan serta membantu komuniti yang terjejas,” tulis Presiden Claudia Sheinbaum di platform X.

Beliau berkata, ribuan anggota tentera Bersama bot, pesawat dan helicopter digerakkan bagi menyokong usaha menyelamat.

Angkatan tentera akan turut membantu mengagihkan bantuan di kawasan yang terjejas, dengan lebih 10,000 anggota dikerahkan bersama peralatan serta kenderaan penyelamat.

Pusat perlindungan dibuka untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal.

Kawasan bencana Utama terletak di Sierra Madre Oriental, banjaran gunung yang selari dengan pantai Teluk Mexico.

Kawasan itu terdiri aripada komuniti kecil kebanyakannya terputus hubungan sejak Jumaat lalu.

Pasukan AFP di Tulancingo, bandar di negeri Hidalgo, melihat jalan menuju ke kawasan pergunungan ditutup akibat tanah dan jalan runtuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN