PETALING JAYA: Semua 344 Institusi Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan melaksanakan kelas khas murajaah (ulangkaji) hafazan al-Quran bagi memperkasa kelestarian ilmu dalam kalangan pelajar tahfiz yang mengikuti program akademik dan teknikal. Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, inisiatif itu bertujuan memastikan keseimbangan antara kecemerlangan akademik, penguasaan kemahiran teknikal dan kelangsungan hafazan al-Quran sentiasa terpelihara. “Kelas khas ini diwujudkan khusus untuk para huffaz yang mengikuti program-program akademik dan…