RMK13: Kerajaan laksana strategi serampang dua mata, tangani kos sara hidup

RMK13: Kerajaan laksana strategi serampang dua mata, tangani kos sara hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menggunakan strategi serampang dua mata, bagi membantu rakyat menangani tekanan kenaikan kos sara hidup yang kian membebankan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bukan sekadar mengekang kenaikan harga barang atau perkhidmatan, demi mengurangkan beban perbelanjaan, dasar ini juga memastikan pendapatan kehidupan wajar kepada semua.

“Akses kepada pendidikan yang terangkum dan berkualiti, kesihatan yang menyeluruh dan mampu dibayar, kediaman yang selamat dan selesa, serta bekalan makanan yang terjamin dan berkhasiat turut menjadi keutamaan. 

“Kebijakan ini juga akan membuka ruang dan peluang kemajuan untuk semua  rakyat tanpa mengira latar, wilayah atau pendapatan,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN