KUALA LUMPUR: Tahun Melawat Malaysia 2026 menjadi pemangkin utama dalam usaha mencapai sasaran sumbangan sektor pelancongan sebanyak 16 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sepanjang Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu dijangka merancakkan kedatangan pelancong antarabangsa, selain memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. – UTUSAN