Ramai individu yang dilahirkan dengan rambut keriting semula jadi dibesarkan dalam persekitaran kurang pendedahan tentang cara penjagaan yang betul. Hal ini, menyebabkan rambut mudah mengalami masalah seperti terlampau kering dan sukar diuruskan sekali gus rumit untuk digayakan. Pakar Penjagaan Rambut R50 Hair Lounge, Nursyasya Afina Suhaimi berkata, rutin cucian rambut keriting tidak sama dengan mereka yang mempunyai rambut lurus. Katanya, penjagaan untuk rambut keriting bermula dengan langkah pencucian yang betul…