Pokok tumbang hempap dua kereta di Tampin

Pokok tumbang hempap dua kereta di Tampin

ANGGOTA bomba sedang melakukan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok di Jalan Seremban-Tampin berhampiran sebuah restoran di Tampin malam tadi.-GAMBAR /IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Enam individu termasuk lima sekeluarga berdepan detik cemas selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Seremban-Tampin berhampiran sebuah restoran di sini malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.48 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tampin tiba ke lokasi kejadian.

“Kejadian pokok tumbang telah menghempap dua buah kenderaan yang sedang melalui kawasan berkenaan. Semua mangsa yang terlibat berjaya keluar sendiri dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kereta yang terlibat merupakan sebuah SUV dinaiki lima keluarga iaitu lelaki berusia 47 tahun dan isterinya yang berusia 44 tahun, bersama tiga orang anak masing-masing berusia 12 hingga 16 tahun dan sebuah kereta sedan dipandu oleh lelaki berusia 38 tahun.

“Kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok dilakukan pasukan bomba bagi memastikan laluan kembali selamat digunakan orang ramai. Operasi berjaya dikawal pada pukul 9.05 malam dan ditamatkan sepenuhnya pada pukul 9.50 malam,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN