KUALA TERENGGANU: Polis sedang mengesan sekumpulan remaja bawah umur yang menunggang basikal lajak secara berbahaya di kawasan Jambatan Angkat (Drawbridge) di sini, baru-baru ini. Tindakan mereka yang meluncur laju dari cerun jambatan tanpa sebarang pengawasan bukan sahaja mengundang risiko kemalangan malah turut membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, pihaknya telah menerima maklumat berkaitan video tular yang memaparkan sekumpulan remaja menunggang basikal lajak…