KUALA LUMPUR: Kehadiran ribuan peserta Himpunan Rakyat Tolak Anwar di sekitar Persiaran Sogo hari ini turut membuka peluang rezeki kepada para peniaga kecil yang mengambil kesempatan untuk menjual pelbagai keperluan asas kepada orang ramai. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati pelbagai barangan seperti air minuman, kipas tangan, kemeja-T, topi dan payung dijual di tepi jalan berhampiran lokasi perhimpunan. Rata-rata peniaga mengakui mereka menyasarkan acara besar seperti ini kerana tahu akan mendapat sambutan yang menguntungkan. Seorang peniaga air balang, Ahmad Zeet Abdullah, 38, berkata dia sering berniaga setiap kali cuti hujung minggu di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya