ALOR SETAR: Jabatan Peguam Negara (AGC) yang dilapor tidak mempertikai kewujudan Titah Adendum dikatakan titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman di rumah memperkukuh kedudukan institusi Raja Berperlembagaan. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Mohd. Farhan Ahmad berkata, pengesahan itu juga menzahirkan keprihatinan Seri Paduka terhadap prinsip keadilan dan ihsan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. Katanya, kes yang kini dikembalikan ke Mahkamah Tinggi…