JOHOR BAHRU: Seorang pekerja ladang kelapa sawit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan memberi rasuah sebanyak RM2,000 kepada anggota polis supaya tidak mengambil tindakan terhadap pekerjanya yang memiliki dadah pada November tahun lalu. Bagaimanapun, R. Jeevananthan, 34, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa memberikan suapan RM2,000 kepada anggota polis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya