Pasangan ibu bapa Zayn Rayyan tiba di mahkamah seawal 8 pagi

Pasangan ibu bapa Zayn Rayyan tiba di mahkamah seawal 8 pagi

ZAIM Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang juga ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen di sini pada pukul 8 pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasangan suami isteri, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang juga ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen di sini pada pukul 8 pagi tadi.

Kedua-dua tertuduh hadir jauh lebih awal sebelum Hakim Dr. Syahliza Warnoh dijangka membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan sekitar pukul 9 pagi nanti.

Hari ini bakal menentukan sama ada pasangan berkenaan dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan mengabaikan anak mereka yang berusia enam tahun.

Peguam yang mewakili pasangan itu dilihat tiba kira-kira 9.18 minit pagi tadi.

Kumpulan media mula berkumpul di perkarangan mahkamah seawal 7.30 pagi bagi melaporkan perkembangan kes yang menjadi tumpuan negara itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN