Pasang niat berkahwin - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Pasang niat berkahwin – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Memang ada niat ke arah itu (perkahwinan).”

Demikian maklum balas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, mengenai perancangan berumah tangga dan membina keluarga.

Namun ahli politik berusia 32 tahun itu memaklumkan buat masa ini beliau lebih selesa untuk tidak berkongsi mengenai hal tersebut kepada umum.

“Tipulah kalau saya kata saya mahu kekal bujang selamanya. Sebenarnya, memang saya ada niat dan perancangan ke arah itu (berkahwin).

“Tetapi dalam proses berumah tangga ini, saya perlu hormati privasi pasangan dan keluarga.

“Jadi, kehidupan saya biarlah kekal peribadi sehingga tiba masanya untuk saya umumkan kelak,” katanya.

Syed Saddiq berkata demikian ketika menjadi tetamu undangan sesi temu bual yang dianjurkan sebuah media tempatan.

Pemilik nama sebenar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun serta dua sebatan atas kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Susulan itu netizen mencadangkan agar ahli politik itu segera memperisterikan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN