KUALA LUMPUR: Tiada keterangan mencukupi untuk membuktikan sebarang elemen kesalahan terhadap dua individu iaitu Zamri Vinoth dan Firdaus Wong di bawah mana-mana peruntukan undang-undang bagi membolehkan mereka didakwa di mahkamah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kertas siasatan terbabit telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan arahan dan keputusan. Katanya, kertas siasatan berkaitan aduan terhadap kedua-dua individu berkenaan telah…