KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menubuhkan sebuah Pasukan Petugas di bawah Jawatankuasa Semakan Undang-Undang Jenayah (CLRC) bagi mengkaji secara menyeluruh dasar dan hala tuju berkaitan hukuman mati di negara ini. Pasukan itu yang diwujudkan pada 9 Julai lalu akan melaksanakan kajian berasaskan bukti (evidence-based approach) melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk keluarga banduan akhir dan keluarga mangsa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata,…









