96.8 peratus pengeluaran kelapa untuk pasaran tempatan

PARLIMEN: 96.8 peratus pengeluaran kelapa untuk pasaran tempatan

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, projek tersebut akan menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun yang menelan belanja sekitar RM1 bilion.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 96.8 peratus daripada keseluruhan pengeluaran kelapa negara pada tahun ini adalah untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, berdasarkan data tahun 2024, keluasan tanaman kelapa di negara ini adalah 86,356 hektar dengan jumlah pengeluaran mencecah 673,553 tan metrik.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 652,253 tan metrik dipasarkan untuk kegunaan dalam negara, manakala 21,300 tan metrik dieksport ke luar negara,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab soalan Wan Razali Wan Nor (PN–Kuantan) yang meminta kementerian menyatakan kadar pengeluaran kelapa bagi pasaran tempatan dan luar negara serta usaha bagi meningkatkan pengeluaran khususnya bagi memenuhi permintaan santan segar di pasaran tempatan bagi tahun 2024.

Mohamad berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan makanan negara khususnya dalam memperkukuh pembangunan industri kelapa.

Jelas beliau, bagi menyokong usaha tersebut, DOA menyediakan pelbagai insentif kepada petani melalui Projek Pembangunan Industri Kelapa yang merangkumi tiga skop utama.

“Skop tersebut termasuk program Tanam Semula atau Tanam Baharu bagi menggantikan pokok kelapa tua atau tidak produktif, pemulihan pokok untuk meningkatkan hasil serta integrasi dengan tanaman lain, ternakan dan ternakair bagi menjana pendapatan jangka pendek.

“Antara bantuan yang disalurkan termasuk input pertanian seperti anak benih, baja, racun perosak, racun rumpai serta infrastruktur asas ladang seperti penyediaan kawasan, sistem perparitan dan peralatan kecil,” jelasnya.

Tambah beliau, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut merangka langkah intervensi pemasaran kelapa tua dengan kerjasama syarikat FAMA Corporation Sdn. Bhd. (FAMACO).

Katanya, sehingga 14 Julai 2025, FAMA melalui FAMACO telah membawa masuk sebanyak 1,506 tan metrik kelapa tua dikupas bernilai RM3.5 juta dari Sabah dan Indonesia.
“Bekalan itu diedarkan melalui tiga pusat operasi FAMA iaitu di Dengkil, Senawang dan Simpang Pulai sebelum diagihkan ke 509 premis pemasaran termasuk Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR), Agrobazaar Rakyat (ABR), Pasar Tani dan Pasar Tani Kekal.

“Sebahagian kelapa juga dibekalkan kepada 202 pengusaha santan di seluruh negara bagi diproses dan dipasarkan kepada pengguna,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN