37 orang terlibat kegiatan subversif dan gerakan bawah tanah - Utusan Malaysia

37 orang terlibat kegiatan subversif dan gerakan bawah tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 18 Jun 1976, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seramai 28 orang lelaki dan sembilan wanita telah ditangkap di Kelantan dan Perak dalam masa 48 jam kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan subversif dan anasir bawah tanah.

Seramai 17 dari mereka, termasuk tiga wanita telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri hasil pemeriksaan dari rumah ke rumah dalam masa 28 jam perintah berkurung dikuatkuasakan di Kampung Pulai dan Kuala Tuang, 15 batu dari Gua Musang, Kelantan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 18 Jun 1974 – Upacara menaikkan bendera Syria di Washington dan bendera Amerika di Damsyik dilakukan serentak hari ini berikutan dengan pemulihan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara semalam.
  • 18 Jun 1975 – Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Negeri Johor akan menubuhkan syarikat bas untuk menyertai perkhidmatan bas antara Johor Bahru – Singapura yang sekarang dimonopoli oleh Singapura sahaja.
  • 18 Jun 1977 – Burma telah menyatakan minatnya untuk membeli ‘olein’ iaitu hasil keluaran minyak kelapa sawit dari Felda.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya