KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,500 usahawan dalam kalangan masyarakat India menerima bantuan pembiayaan berjumlah RM47.01 juta menerusi Tekun Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan berkata, pembiayaan tersebut disalurkan melalui dua skim iaitu Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) dan SPUMI Goes Big oleh Tekun Nasional selain Dana Khas Pemerkasaan Wanita India (PENN) oleh AIM.…










