AS perlukan Greenland untuk halang Russia, China - Trump

AS perlukan Greenland untuk halang Russia, China – Trump

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) perlu memiliki Greenland bagi menghalang Russia atau China daripada menguasainya pada masa depan, kata Presiden Donald Trump.

“Kita akan lakukan sesuatu mengenai Greenland sama ada mereka suka atau tidak. Jika kita tidak bertindak, Russia atau China akan mengambil alih Greenland, dan kita tidak mahu mereka menjadi jiran kita,” katanya kepada wartawan di Rumah Putih ketika bertemu eksekutif syarikat minyak.

Trump menegaskan, AS mesti memperoleh Greenland walaupun negara itu sudah mempunyai kehadiran ketenteraan di pulau tersebut di bawah perjanjian 1951, kerana perjanjian sedia ada tidak memadai untuk menjamin pertahanan wilayah berkenaan.

Greenland, yang berpenduduk kira-kira 57,000 orang, merupakan wilayah autonomi di bawah Kerajaan Denmark.

“Anda mempertahankan sesuatu yang anda miliki. Anda tidak mempertahankan sesuatu yang disewa. Dan kita perlu mempertahankan Greenland. Jika kita tidak lakukannya, China atau Russia akan ambil alih,” kata Trump semalam.

Trump dan pegawai Rumah Putih dilaporkan sedang meneliti pelbagai langkah untuk membawa Greenland di bawah kawalan AS, termasuk kemungkinan menggunakan tentera serta menawarkan bayaran tunai sekali gus kepada penduduk Greenland bagi meyakinkan mereka supaya keluar dari Denmark dan berpotensi menyertai AS.

Pemimpin di Copenhagen dan seluruh Eropah mengecam keras kenyataan Trump dan pegawai Rumah Putih yang mendakwa AS mempunyai hak terhadap Greenland.

AS dan Denmark ialah sekutu NATO yang terikat melalui perjanjian pertahanan bersama.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN