Saya selalu perasan satu perkara bila berbual dengan teman tentang kasut. Isunya jarang tentang trend tetapi sakit akibat memakai kasut.
Kaki lebar, bunion, bahagian depan sempit, lengkungan yang ditekan tanpa belas kasihan.
Cantik memang cantik, tapi selepas beberapa jam, senyap-senyap kita mula berjalan lain macam.
Justeru, saya sedar, kasut yang baik bukan memaksa kaki mengikut bentuknya, tetapi yang sanggup mendengar bentuk kaki manusia.
Sepatu nipis, eloise daripada jenama Faramore memahami realiti kaki lebar dan bunion dengan menampilkan rekaan tenang dan yakin.
Potongan U dalam memberi ruang pada bahagian depan kaki yang sering terabai.
Tali halus di bahagian tengah bukan sekadar hiasan, tetapi membantu menyokong lengkungan tanpa menekan diikuti hiasan reben kecil.
Untuk kaki lebar, saiz biasa sudah memadai.

Manakala, untuk kaki lebih berisi, naikkan satu saiz dan perbezaannya terasa.
Di samping itu, rekaannya juga memberi ruang, mengurangkan geseran dan membenarkan kaki bergerak secara semula jadi.
Pilihan warna hitam, coklat gelap, beige dan nude cerah menjadikannya kasut yang fleksibel untuk hampir semua rutin.
Ia boleh digayakan untuk hari kerja yang panjang, running errands atau pertemuan santai hujung minggu.
Material PU premium lembut dipadankan dengan tapak empuk dan outsole getah anti-gelincir menjadikan langkah terasa stabil.
Tambahan pula, setiap pasang dibuat secara buatan tangan, mencerminkan komitmen Faramore terhadap slow fashion dan kualiti yang tidak tergesa-gesa.
Dari sudut gaya, eloise mudah disesuaikan tanpa perlu berfikir terlalu lama.
Hitam sesuai dengan skirt potongan lurus dan baju ringkas untuk hari padat.
Beige atau nude cantik dengan baju kurung moden atau dress.
Coklat gelap pula serasi dengan jeans lurus dan blaus lembut untuk hujung minggu yang santai.
Ia memberi keseimbangan antara struktur dan kelembutan, sesuatu yang jarang dicapai oleh kasut rata.
Eloise adalah sebahagian daripada koleksi Raya 2026 Faramore dan ditawarkan secara pratempahan kerana proses buatan tangan yang teliti.
Saya melihat eloise bukan sebagai simbol feminin semata-mata, tetapi contoh reka bentuk yang menghormati tubuh, pergerakan dan keselesaan.
Ia mengingatkan kita rasa cantik itu sepatutnya datang bersama keselesaan, bukan kesakitan.










