Musykil duit menang loteri belanja makan

Musykil duit menang loteri belanja makan

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Musykil duit menang loteri belanja makan

SOALAN
Saya ada seorang kawan yang suka belanja makan. Dia selalu mengajak saya dan kawan lain makan bersama dengannya. Bagaimanapun, saya musykil sebab saya tahu dia selalu beli nombor ekor. Oleh itu, saya bimbang duit nombor ekor yang dia menang digunakan untuk belanja kami makan. Apa nasihat ustaz. Adakah selepas ni saya perlu menolak ajakannya?

Bad
Kajang Selangor

Jawapan
Sekiranya dia juga mempunyai pendapatan yang halal dan tuan meragui pembelanjaan makan itu daripada sumbernya maka hukumnya sekadar makruh masih lagi harus memakannya. Namun sekiranya memang tuan mengetahui itu adalah wang haram tolaklah pelawaan tersebut.

Masih kanak-kanak sudah tunaikan haji

SOALAN
Jika seorang kanak kanak lelaki pernah mengerjakan haji bersama keluarganya, apakah dia dianggap sudah menyempurnakan rukun Islam sedangkan dia masih kanak-kanak?

Zalika
Rompin

JAWAPAN
Kanak-kanak yang mengerjakan haji namun belum baligh dia tidak mendapat hajjatul Islam. Maka dia wajib menunaikan sekali lagi ketika sudah baligh.

Boleh cabut rumput di kubur

SOALAN
Adakah benar kita tidak digalakkan mencabut rumput apa bila menziarahi kubur sebab rumput-rumput ini berzikir untuk si mati. Adakah ini benar?

Ingin tahu
Kuala Lumpur

JAWAPAN
Boleh mencabut rumput untuk tujuan pembersihan agar kubur kelihatan bersih dan tinggalkan sebahagian pohon yang ada di sisi kubur agar ada kebaikannya.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada  Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN