Malaysia dan Turkiye berkongsi aspirasi keamanan Palestin

Malaysia dan Turkiye berkongsi aspirasi keamanan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Turkiye berkongsi aspirasi yang sama dalam memperjuangkan keamanan sejagat dunia termasuk di bumi Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu termasuklah memperkukuhkan solidariti umat sejagat melalui tindakan diplomasi, bantuan kemanusiaan serta usaha penyelesaian konflik secara aman.

“Malaysia dan Turkiye berkongsi aspirasi yang sama dalam memperjuangkan keamanan sejagat dan memperkukuh solidariti umat sejagat melalui tindakan diplomasi, bantuan kemanusiaan serta usaha penyelesaian konflik secara aman,” katanya dalam Facebook beliau.

Terdahulu, Anwar menghubungi Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan, petang tadi untuk bertukar pandangan serta membincangkan beberapa perkembangan semasa yang berkepentingan bersama antara kedua-dua negara.

Dalam kesempatan tersebut,  Anwar turut menyampaikan penghargaan atas pendirian konsisten dan tegas Erdoğan dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin serta menyeru kepada gencatan senjata segera di Gaza.

“Malaysia menyokong penuh usaha murni Turkiye dalam membawa suara umat yang tertindas ke peringkat antarabangsa serta memperjuangkan penyelesaian yang adil dan berkekalan untuk rakyat Palestin,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN