Kesihatan Dr. Mahathir pulih, terus aktiviti seperti biasa

Kesihatan Dr. Mahathir pulih, terus aktiviti seperti biasa

Ulang tahun
MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semakin pulih dan kini meneruskan rutin harian seperti biasa. 

Menerusi satu video berdurasi 1 minit 17 saat itu, beliau kelihatan mampu berjalan dan berswafoto bersama orang ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Beliau dalam masa sama turut memohon maaf kepada pengunjung menghadiri program semalam kerana tidak dapat meluangkan masa bersama dalam acara sambutan kelahirannya.

“Saya memohon maaf semalam tidak dapat bersama dalam program Picnic & Potluck, dimana ramai orang (meraikan program). Saya berasa letih dan terpaksa berehat. 

“Kemudian saya ke hospital dan kemudian pulang. Saya kini beransur pulih dan boleh teruskan cara hidup (rutin) seperti sedia kala,” katanya menerusi video di laman Facebooknya hari ini.

Semalam, Dr Mahathir terpaksa meninggalkan program Picnic & Potluck lebih awal selepas sedikit keletihan sebelum dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 10 pagi.

Program yang berlangsung di Tasik Putrajaya bersebelahan Yayasan Kepimpinan Perdana itu diadakan sempena sambutan hari kelahiran ke-100 beliau serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd. Ali.

Dr. Mahathir sebelum itu dilaporkan sempat menamatkan kayuhan basikal sejauh kira-kira lapan hingga sembilan kilometer di sekitar tasik.

Pada 10 Julai lalu, Dr Mahathir menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 manakala Dr Siti Hasmah yang ke-99 tahun, 12 Julai lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×