SEREMBAN: Seorang kerani sebuah syarikat pelancongan di ibu negara direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan bayaran kad kredit syarikat. Bayaran itu adalah bagi tempahan hotel berjumlah kira-kira RM55,000 untuk kepentingan peribadi. Perintah reman terhadap suspek wanita berusia lingkungan 20-an itu dikeluarkan Majistret Fairuz Syuhada Amran bermula hari ini sehingga 22 Julai ini selepas membenarkan permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…