Berdamai dengan dendam

Berdamai dengan dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN

Bagaimana cara belajar melepaskan dan memaafkan seseorang yang pernah menyakiti kita?
-Yang kecewa.

 

JAWAPAN
Memaafkan seseorang yang pernah menyakiti bukan suatu yang mudah.

Apatah lagi apabila kita tidak mendapat keadilan untuk diri sendiri.

Luka yang ditinggal mungkin tidak menampakkan parut, namun kesakitan tetap dirasai.

Disertakan cara untuk anda mengendalikan dan belajar memaafkan agar hidup menjadi lebih tenang:

Akui perasaan sendiri: Jangan menafikan rasa marah, sedih atau kecewa. Akui yang anda sedang terluka. Luahkan dengan cara sihat seperti menulis jurnal atau berkongsi dengan seseorang.

Mengakui rasa itu bukan tanda anda lemah, tetapi langkah pertama untuk proses kesembuhan.

-Fahami lumrah manusia : Tidak semua kesakitan akan terbalas dan kebenaran akan terbongkar. Namun, percayalah keadilan tuhan sentiasa ada cepat atau lambat. Melepaskan bukan bererti menyerah tetapi tanda anda memilih untuk berdamai dengan dendam.

-Ambil pengalaman : Setiap luka membawa pelajaran dalam hidup. Mungkin daripada pengalaman ini mengajar anda lebih berhati-hati memahami manusia. Apabila anda mula melihat pengalaman itu sebagai pelajaran, perlahan-lahan rasa sakit akan berubah menjadi kekuatan.

-Lebih empati : Kadangkala, orang yang menyakiti orang lain, mereka juga hidup dalam luka. Memaafkan tidak bermaksud anda menerima sikap mereka tetapi lebih kepada memilih untuk tidak menyimpan racun dalam hati. Empati menjadikan anda lebih matang dan bebas daripada dendam.

-Fokus pada diri : Memaafkan bukan bermaksud anda perlu membenarkan orang yang sama melukai anda lagi. Belajar untuk menetapkan batasan dan jauhkan diri jika perlu. Hargai ketenangan yang baru dibina dan rawat diri dengan kasih sayang. Bila anda menyayangi diri, anda tidak akan mudah untuk membiarkan orang lain menyakiti lagi.

-Bertawakal : Jika anda gagal mendapat keadilan, serahkan segala urusan kepada Tuhan. Banyakkkan berdoa supaya Tuhan membantu anda melepaskan kesakitan yang dirasai dan serahkan segala urusan kepadaNya.

Melepaskan dan memaafkan akan mengambil masa. Jika kita masih teringat dan terluka, itu petanda yang hati sedang belajar.

Bila hati benar-benar reda, jiwa akan terasa ringan. Memaafkan bukan untuk orang yang bersalah, tapi hadiah agar anda lebih tenang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×