Kerajaan negeri lihat keperluan pasang penghadang tepi sungai

Kerajaan negeri lihat keperluan pasang penghadang tepi sungai

UTUSAN MALAYSIA 11 Julai 2025
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri akan melihat keperluan untuk dipertingkatkan ciri-ciri kese­lamatan di laluan sepanjang 12 kilometer jalan Guar Sanji sehingga Simpang Empat termasuk Tambun Tulang di sini yang laluannya bersebelahan sungai tanpa sebarang penghadang.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Izizam Ibrahim berkata, laluan itu memang berisiko kenderaan terbabas ke dalam sungai jika berlaku sebarang kemalangan kerana terletak begitu hampir dengan sungai.

Justeru katanya, kerajaan akan memberi perhatian untuk melihat keperluan memasang penghadang dan lampu serta aspek-aspek keselamatan lain di laluan berkenaan.

“Kita akan lihat perkara ini dengan kerajaan negeri dan pusat daripada segi peruntukan atau sebagainya untuk pertingkatkan ciri-ciri keselamatan di laluan berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan, tragedi Sungai Korok, Jitra, Kedah yang me­ngorbankan enam sekeluarga selepas ke semua mereka ditemukan maut dalam sebuah kereta Proton Iswara yang terbabas dalam sungai berkenaan baru-baru ini mencetuskan kegusaran dalam kalangan rakyat, khususnya terhadap aspek keselamatan jalan raya berhampiran sungai.

Insiden itu turut mengimbau pelbagai tragedi serupa yang pernah berlaku di laluan sepanjang 12 kilometer dari Guar Sanji hingga ke Simpang Empat, termasuk Tambun Tulang di sini yang bersebelahan dengan sungai dalam tanpa sebarang penghadang, hanya dikelilingi pokok jati tua berusia puluhan tahun.

Sepanjang sedekad lalu, tujuh kes kemalangan melibatkan kenderaan terbabas ke dalam sungai direkodkan di laluan ini, dua daripadanya meragut nyawa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN