PETALING JAYA: Kerajaan bercadang untuk mewujudkan Akta Suruhanjaya Kehakiman Syariah dan Akta Saraan Hakim Syarie bagi memperkukuh undang-undang Islam di dalam negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkara tersebut merupakan antara langkah-langkah konkrit yang sudah dan sedang dilaksanakan bagi memperkukuh undang-undang syariah. Selain itu, menurut beliau, antara langkah yang termasuk adalah penubuhan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN)…