Jumlah RM48.873b dalam LKAN bukan ketirisan

Jumlah RM48.873b dalam LKAN bukan ketirisan

WAN SURAYA WAN MOHD. RADZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jumlah RM48.873 bilion yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bukan angka ketirisan atau kerugian, sebaliknya adalah nilai keseluruhan program, aktiviti dan projek yang diaudit di bawah seliaan kerajaan Persekutuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd. Radzi berkata, jumlah tersebut sebagaimana yang dipetik beberapa portal media berpotensi mencetuskan kekeliruan serta persepsi negatif yang tidak berasas terhadap pengurusan kewangan negara.

Katanya, skop peng­au­di­tan ini secara amnya mengambil kira prestasi program,projek dan akti­vi­ti yang telah dilaksanakan merangkumi pelbagai tahun ke belakang serta inisiatif yang telah diperkenalkan kerajaan.

“Setiap penemuan yang dibentangkan dalam laporan ini disusuli dengan syor penambahbaikan konstruktif bagi membantu kemente­rian, jabatan dan agensi kerajaan meningkatkan ke­cekapan operasi serta mem­perkukuhkan sistem dalaman dan pematuhan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu Wan Su­raya berkata, bagi tempoh tahun 2024 hingga Jun 2025, susulan audit yang dilaksanakan Jabatan Audit Negara (JAN) berjaya membantu kerajaan dapat bayaran balik berjumlah RM157.73 juta.

“Antaranya menerusi tuntutan penalti, sewa tertunggak, kutipan Liquidated Ascertained Damages (LAD), tunggakan pajakan tanah, kutipan duti dan cukai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini