GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Perlis digesa tidak mempertimbangkan sebarang lanjutan tempoh penguatkuasaan larangan penjualan rokok elektronik dan vape di negeri itu. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, tindakan tegas perlu diambil dengan segera kerana vape dan rokok elektronik bukanlah barangan biasa tetapi mengandungi cecair yang boleh memusnahkan nyawa generasi muda. “Penjualan vape perlu diharamkan serta-merta, pihak berkuasa tidak boleh beri tempoh lanjutan untuk sesuatu barangan yang…