Ahli Dewan Mexico City bertumbuk, tarik rambut ketika perbahasan

Ahli Dewan Mexico City bertumbuk, tarik rambut ketika perbahasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Sekumpulan ahli dewan legislatif wanita Mexico City terlibat pergelutan fizikal, dengan kamera menyiarkan insiden itu secara langsung apabila mereka menarik rambut dan bertumbuk antara satu sama lain.

Pergelutan itu tercetus apabila sekumpulan wanita daripada Parti Tindakan Nasional (PAN) yang konservatif mendekati podium utama dewan sebagai protes terhadap satu peraturan yang didakwa dilanggar oleh parti kiri Morena, yang memegang majoriti dalam dewan.

Debat tersebut melibatkan pembaharuan agensi pemantauan ketelusan kerajaan bandar, menurut laporan media tempatan.

Rakaman video menunjukkan sekurang-kurangnya lima ahli dewan dari kedua-dua parti bertikam lidah dengan intensiti tinggi, manakala ahli-ahli Morena cuba mengeluarkan ahli PAN dari podium secara fizikal dengan menumbuk, menampar, dan menarik rambut, meskipun mereka enggan berundur.

“Kami menduduki podium secara aman, tanpa menyentuh sesiapa pun, tetapi keputusan kumpulan majoriti dan sekutunya adalah untuk mendapatkan semula kawalan melalui kekerasan,” kata pembantu wakil PAN, Andres Atayde dalam sidang media selepas insiden itu.

Seorang wakil PAN, Daniela Alvarez yang mendekati podium berkata kepada pemberita, kejadian itu bukan sahaja  tidak sopan, agresif, malah memalukan bagi parti pemerintah majoriti bandar itu.

Selepas pergaduhan, ahli PAN meninggalkan dewan dan majoriti Morena meneruskan perbahasan tanpa kehadiran pihak pembangkang, menurut laporan yang dikongsi di media sosial Dewan Mexico City.

“Apa yang membimbangkan kami ialah bagaimana pihak pembangkang secara sistematik memilih kekerasan berbanding hujah, apabila mereka gagal untuk berdebat secara rasional,” kata jurucakap Morena, Paulo Garcia, kepada penyiar Milenio.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN