Gelombang kebangkitan UMNO bermula dari Johor - Johari

Gelombang kebangkitan UMNO bermula dari Johor – Johari

JOHARI Abdul Ghani (tengah) bergambar dengan perwakilan semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Parit Sulong di Taman Sri Sulong, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Gelombang kebangkitan UMNO diyakini bermula dari selatan tanah air selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac 2022.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, walaupun tujuh bulan kemudiannya BN hanya mampu memenangi sembilan daripada 26 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), namun jika sebuah pasukan yang mempunyai kekuatan dapat disusun atur, pasti sasaran itu dapat dicapai.

Beliau berkata, pasukan yang dibentuk perlu mempunyai seorang pemimpin serba boleh yang berwibawa, berprinsip selain berani mengambil risiko dan bersungguh-sungguh dalam setiap kerja dilakukan dengan kaedah bertepatan.

“Walau bagaimanapun, perkara utama yang perlu dihadapi pasukan ini adalah untuk memenangi 40 peratus pengundi muda daripada keseluruhan pengundi dalam negara ini.

“Golongan ini mereka memandang ke hadapan tentang apa yang akan peroleh dari segi kepentingan mereka dan bukan hanya melihat kejayaan parti selama tempoh lebih 60 tahun ini,” katanya  ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Parit Sulong di Taman Sri Sulong, dekat sini hari ini.

Johari berkata, golongan muda juga mahu melihat seseorang pemimpin itu komited dalam memperjuangkan hak rakyat.

Beliau mengakui bukan mudah untuk bangkit semula selepas kegagalan sebelum ini, namun jika dilakukan dengan baik secara berpasukan tidak mustahil kejayaan dapat dicapai.

“Sebagai contoh, Parit Sulong yang secara mutlaknya di bawah pentadbiran UMNO, iaitu DUN Semerah, DUN Sri Medan dan Parlimen Parit Sulong, semuanya diwakili pemimpin UMNO,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN