Enam lelaki direman bantu siasatan kes pergaduhan di jalan Kebun Sultan - Utusan Malaysia

Enam lelaki direman bantu siasatan kes pergaduhan di jalan Kebun Sultan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Enam lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan kes pergaduhan yang berlaku di jalan Kebun Sultan di sini pada 23 Mei lalu.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, perintah reman ke atas enam suspek itu bermula hari ini selepas mereka mereka tampil menyerahkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

“Kesemua suspek berusia 20 hingga 30-an itu ditahan pada pukul 3.30 petang tadi bagi membantu siasatan kes pergaduhan yang tular di laman sosial pada 28 Mei lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, polis sedang memburu sekumpulan lelaki yang terlibat dengan satu pergaduhan di jalan Kebun Sultan, di sini sebagaimana tular.

Siasatan awal mendapati kejadian pukul 4.27 pagi itu berlaku pada 23 Mei lalu.

Susulan itu, polis giat menjejaki tiga individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di jalan Kebun Sultan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN