Dunia tidak boleh bisu terhadap jenayah kemanusiaan di Gaza - Anwar

Dunia tidak boleh bisu terhadap jenayah kemanusiaan di Gaza – Anwar

ANWAR Ibrahim ketika berucap di Sidang Kemuncak Ketua Negara BRICS di Rio, Brazil. - FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dunia tidak boleh terus membisu terhadap jenayah kemanusiaan di Gaza serta kekejaman terhadap rakyat Iran.

Berucap dalam Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di Brazil, Anwar berkata BRICS perlu menjadi suara keadilan sejagat, menolak penindasan dan menjunjung maruah insan. 

Malaysia, katanya, konsisten menyeru dunia agar tidak dibelenggu perpecahan geopolitik, sebaliknya dibentuk atas semangat kerjasama dan kemakmuran bersama.

“Komitmen terhadap masa depan digital yang adil, selamat dan inklusif untuk semua adalah antara keutamaan kita,” katanya.

Sidang kemuncak itu memberi fokus kepada pengukuhan multilateralisme, reformasi sistem kewangan global dan tadbir urus kecerdasan buatan (AI) yang beretika.

Anwar turut menyuarakan kebimbangan terhadap geopolitics of tech yang didorong kuasa geopolitik dan mampu mengganggu kestabilan global.

Malaysia, katanya, menyambut baik kenyataan BRICS berkaitan tadbir urus AI berasaskan nilai etika dan kesejahteraan sejagat. Negara ini telah melancarkan Pelan Hala Tuju AI Negara serta Garis Panduan Tadbir Urus AI, selain memimpin inisiatif jaringan ASEAN AI.

“Malaysia bersedia menjalin kerjasama lebih erat dengan BRICS untuk membentuk sistem ekonomi global yang adil, serta persekitaran digital yang selamat dan boleh dipercayai,” katanya.

Perdana Menteri berkata, multilateralisme bukan lagi pilihan, sebaliknya menjadi keperluan mutlak bagi menjamin kestabilan global, keadilan ekonomi dan kedaulatan negara-negara membangun agar tidak terus terpinggir dalam arus peralihan geopolitik dan teknologi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN