Warga emas hadir seawal 3 pagi sambut hari kebangsaan

Warga emas hadir seawal 3 pagi sambut hari kebangsaan

JUNAIDAH Abdul Rahman bersama Md Noor ketika ditemui pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Tahun 2025 Peringkat Negeri Sembilan di Padang MBS, Seremban hari ini. -UTUSAN /NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sejak 35 tahun lalu, seorang warga emas tidak ketinggalan meraikan acara sambutan sempena hari kebangsaan pada setiap pagi 31 Ogos.

Pada tahun ini, Junaidah Abdul Rahman, 70, dari Taman Desa Rhu, Sikamat berkata, dia sanggup hadir seawal pukul 3 pagi di Padang Majlis Bandaraya Seremban (MBS) untuk menyambut Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Sembilan.

Katanya, walaupun usia semakin lanjut dan kudrat terbatas, dia tetap berusaha hadir ke sambutan bersama keluarga setiap tahun.

“Hari ini, saya bersama suami, Md Noor Bachik, 72 dan dua anak sampai ke kawasan acara sambutan hari kebangsaan pada pukul 3 pagi kerana mahu rebut lokasi terbaik.

“Sudah 35 kali saya sambut hari kebangsaan tanpa gagal, kerana saya seronok tengok pelbagai kaum sama-sama sambut merdeka, rasa terharu sangat lebih-lebih lagi apabila mendengar lagu patriotik yang berkumandang,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Nurul Hafizah Ruzman, 40, dari Taman Dusun Nyior di sini, turut berkongsi pengalaman hadir bersama tiga anaknya dalam sambutan tersebut.

“Setiap tahun saya tempah pakaian khas untuk sambutan ini. Tahun lalu kami ke Putrajaya tahun ini pula di sini. Aura sambutan hari kebangsaan memang berbeza dan terasa semangat bagaimana negara ini dibina melalui perjuangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN