Isi ikan proses kurang jejas pembuatan keropok

Isi ikan proses kurang jejas pembuatan keropok

MUHAMMAD Faiz  Fadzil (duduk dua dari kanan) mencuba permainan dam aji selepas Majlis Perasmian Sambutan Gelombang Samudera Madani Kelantan di Pantai Sri Tujoh Tumpat, Kelantan. - UTUSAN / ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kekurangan isi ikan menjadi punca kepada pemain industri keropok terpaksa menghentikan operasi mereka berminggu-minggu dan bukan disebabkan oleh kekurangan bekalan ikan.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, melihat situasi itu, keperluan menambah bilangan kilang memproses isi ikan di negara ini menjadi keutamaan dalam usaha mengatasi masalah kekurangan bahan mentah yang menjejaskan pengeluaran produk hiliran berasaskan ikan.

“Berpandukan kepada rekod  dan data LKIM mendapati bekalan ikan mencukupi. Permintaan keropok meningkat tetapi pengeluaran isi ikan sebagai bahan asas tidak mencukupi kerana kita hanya ada sebuah kilang besar di Besut, Terengganu.

“Sebab itu kita mahu persatuan nelayan dan nelayan sendiri terbabit dalam industri pemprosesan isi ikan ini. Ia bukan soal ikan tidak ada tetapi soal pemprosesan yang perlu diperkasa,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Perasmian Gelombang Samudera Madani Kelantan di Pantai Sri Tujoh di sini, hari ini.

Muhammad Faiz berkata, penglibatan nelayan dalam sektor perniagaan itu mampu menambah pendapatan, selain produk dihasilkan sentiasa ada mengikut permintaan.

“Sebelum ini saya  ada membuat lawatan ke beberapa kilang kecil pemprosesan isi ikan atau keropok yang modalnya tidak besar tetapi mereka mempunyai kesungguhan dan keinginan. Insya-Allah kita boleh bantu termasuk sudut kemahiran bantuan atau pun  peruntukan bagi kembangkan lagi perniagaan itu,” ujarnya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, kekurangan bekalan ikan tamban sejak dua tahun lalu menghimpit para pengusaha keropok keping tradisional di Terengganu, hingga memaksa sebahagian mereka ‘berehat’ tanpa pengeluaran selama berminggu-ming­gu akibat ketiadaan bahan mentah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN